Thursday 24 November 2016

Minyak Zaitun & Batu Hempedu

Minyak Zaitun & Batu Hempedu

(Dr. Hafizah Amanulla)


Masalah batu dalam hempedu adalah berpunca dari berubahnya konsistensi cecair hempedu dan juga masalah rembesan cecair hempedu yang tidak cekap. Ini menyebabkan kandungan cecair hempedu berubah kepada bentuk pepejal. Batu-batu hempedu yang terletak dalam pundi hempedu biasanya memberi gejala kembung perut dan pedih ulu hati, namun sekiranya batu tersebut jatuh ke bawah, memasuki saluran hempedu, ianya akan mencetuskan rasa sakit yang sangat kuat sehingga pesakit akan berguling kesakitan.




Minyak zaitun adalah bahan yang cukup bagus untuk merangsang rembesan cecair hempedu dari pundi hempedu disebabkan sifatnya yang sedikit berasid. Bagi sesiapa yang masih belum mendapat penyakit ini, eloklah diamalkan minyak zaitun sebagai langkah pencegahan. Bagi yang mengalami pembentukkan batu hempedu ini, minyak zaitun bolah dicampurkan dengan jus lemon atau limau nipis dan diminum. Selain itu, minyak zaitun juga boleh dicampur dengan cuka buah teen, epal atau cuka buah yang lain dan diminum.


Insya Allah, sakit boleh lega. Namun eloklah ke hospital bagi mengetahui masalah sebenar yang dihadapi kerana banyak penyakit lain yang memberikan gejala yang sama dan rawatan yang tepat haruslah diberikan.


Sunday 6 November 2016

Promosi November dengan pembelian 1 botol Olivie dengan harga RM119.90,
Anda layak membeli Cuka Teen dengan diskaun 40%. ( RM14.90 sahaja)

012 5533 263 Leen
Layari www.OliveHouseMall.com utk keterangan lanjut